Pulau Pinang (Penang) atau Pulau Mutiara terletak di utara pantai barat Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang adalah merupakan antara negeri yang maju di Malaysia. George Town (Tanjung Penaga) adalah merupakan ibu negeri Pulau Pinang di mana terletaknya pusat pemerintahan kerajaan negeri. Penduduk Pulau Pinang adalah lebih kurang 1.6 juta orang pada tahun 2013.
Pulau Pinang terdiri daripada sebuah pulau di Selat Melaka (serta beberapa pulau kecil) dan sebahagian dari tanah besar di Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Seberang Perai.
Pulau dan tanah besar ini dihubungkan dengan perkhidmatan Feri yang masih kekal sehingga artikel ini di tulis dan juga oleh Jambatan Pulau Pinang 1 dan 2. Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pula menghubungkan Pulau Pinang dengan bandar besar lain di Malaysia melalui udara.
Perindustrian serta pengilangan merupakan aktiviti utama di Pulau Pinang. Industri lain yang juga tidak kurang pentingnya seperti pelabuhan, perkapalan, perlancongan, kewangan dan lain-lain perkhidmatan sokongan.
Pantai yang terkenal di Pulau Pinang seperti Teluk Bahang, Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi. Selain pantai, tempat yang juga menarik untuk di lawati seperti Taman Negara Pulau Pinang, Penduduk Jeti Air Weld Quay, Pasar Seni, Muzium Interaktif, Galeri P.Ramlee, Penang Hill, Taman Rama-rama, Tokong Ular, Kebun Bungah, Pulau Jerjak dan banyak lagi. Jika ingin menjamu selera masakan India Muslim (Mamak) boleh mencuba di Nasi Kandar Penang Street.
Pusat membeli belah juga tidak kurang banyaknya di Pulau Pinang seperti Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar tower) , Prangin Mall, 1st Avenue Penang, Gama, Queensbay Mall, Kompleks Bukit Jambul, Gurney Plaza, Island Plaza, Straits Quay dan Sunshine Square. Manakala di Seberang Perai tedapat Aeon, Megamall Pinang dan Sunway Carnival.
Tempat penginapan dan hotel banyak terdapat di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai. Lokasi hotel seperti di George Town, Tanjung Bungah, Batu Ferringhi, Bayan Lepas, Balik Pulau dan Seberang Perai.