Tuesday, 15 July 2014

Pulau Pangkor, Perak


hotel pulau pangkor  cuti pulau pangkor

Pulau Pangkor adalah  tempat peranginan pantai yang memang dikenali ramai terletak di negeri Perak. Pulau Pangkor terletak di Selat Melaka. Pantai yang popular di sini ialah seperti Teluk Nipah, Coral Bay, Teluk Belanda dan Pasir Bogak. Ikan bilis (anchovies) dan ikan kering merupakan perusahaan utama penduduk tempatan di Pulau Pangkor.

Terdapat beberapa tempat menarik di Pulau Pangkor untuk dilawati seperti Tiger Rock, Perkampungan nelayan, perusahaan membuat bot, pembuatan ikan kering dan sotong kering serta banyak lagi yang boleh anda dapatkan maklumat dari penyediakan khidmat perlancong tempatan. Mereka boleh menyediakan khidmat kenderaan untuk ke tempat-tempat yang tiada khidmat kenderaan awam. Aktiviti lain seperti 'jungle trekking' juga boleh anda dapati di sini.

jeti pulau pangkor pulau pangkor

Sesetengah pelancong suka menaiki teksi untuk bersiar mengelilingi pulau. Manakala setengah yang lain pula gemar menyewa motosikal atau basikal untuk memudahkan perjalanan mengelilingi Pulau Pangkor sambil beriadah. Ia suatu pengalaman yang menarik sekali. Perkhidmatan bot juga disediakan bagi mereka yang minat mengelilingi Pulau Pangkor, memancing atau menyelam di sekitar Pulau Sembilan. Ia merupakan pulau-pulau kecil tidak jauh dari Pulau Pangkor.

Lumut pula merupakan pelabuhan atau Jeti bot ke Pulau Pangkor ini. Di Lumut juga terdapat perkhidmatan awam seperti bas express yang menyediakan perjalanan ke bandar-bandar lain di Malaysia.

Tempat penginapan juga banyak terdapat di Pulau Pangkor. Cari Hotel di Pangkor.


No comments:

Post a Comment