Monday, 14 July 2014

Bandar Rawang Di Pinggir Kuala Lumpur

 
Bandar Rawang ialah sebuah pekan kecil pada masa yang lalu. Terletak dalam mukim Gombak. Kini ia  telah pesat membangun sejak 10 tahun lepas. Jarak bandar Rawang dari Kuala Lumpur lebih kurang 28km. Ia merupakan bandar industri kereta apabila Perodua dan Tan Chong membuka kilang pemasangan di sini. Terdapat juga kilang simen dan lain-lain kilang di sekitar Rawang.

Bandar Rawang telah berkembang pesat dan sehingga kini banyak pusat perniagaan baru di buka seperti Pasaraya Tesco, AEON Rawang Anggun, Giant, Mydin, Parkson, NSK dan kedai kain Nagoya. Pusat kewangan yang ada di Rawang adalah seperti Maybank, Public, HSBC, CIMB, Hong Leong, Bank Islam, RHB dan Alliance. Selain itu juga terdapat pusat pengiriman wang (remittance) seperti IME dan Mandiru.

Juga banyak terdapat hotel untuk kemudahan pelawat untuk menginap di Rawang seperti Hotel Sahara, New Wave Rawang, Budget Inn dan lain-lain. Pusat kesihatan swasta juga telah beroperasi di Rawang iaitu KPJ Rawang Specialist Hospital.

Manakala tempat peranginan atau rekreasi di sekitar Rawang yang terdapat seperti Air Terjun Templer Park , Hutan Lipur Kanching, Air Terjun Serendah dan Taman Hutan Commonwealth yang sesuai untuk aktiviti 'Jungle trekking' dan 'Camping' .

Bandar Rawang mempunyai jaringan jalanraya yang baik menghubungkan bandar sekitarnya seperti Sg Buloh, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, kuang, Batu Arang, Serendah, Batang Kali, Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Selayang, Rasa dan Kuala Kubu Bharu. Lebuhraya Utara Selatan, Guthrie dan Latar memudahkan hubungan ke bandar lain. Terdapat juga Stesen keretapi (Keretapi Tanah Melayu Berhad) di Rawang. Selain keretapi, perkhidmatan bas juga terdapat di bandar Rawang.
Gerai makanan dan restoran juga banyak terdapat di sekitar bandar Rawang.

      

No comments:

Post a Comment