Sunday, 13 July 2014

Pantai Teluk Chempedak, Kuantan Pahang

teluk cempedak pahangpantai teluk cempedak
Pantai Teluk Chempedak adalah antara tempat perlancongan yang terkenal di Pahang. Terletak lebih kurang 5km dari bandar Kuantan, Pahang. Teluk Chempedak mempunyai pantai yang putih dan dihiasi dengan pohon Rhu yang mendamaikan mata memandang. Saujana mata memandang kata pepatah Melayu. Terdapat juga kawasan batu-batuan di pinggir pantai menambah keindahan di pantai Teluk Chempedak ini. Keadaannya hampir sama seperti yang terdapat di pantai Batu Ferenghi cuma di sini hembusan angin Laut Cina Selatan lebih kuat terasa.

Di sini juga terdapat aktiviti sukan air seperti berenang, menyelam, santai di tepi pantai, jet ski dan juga disediakan aktiviti 'jungle trek' bagi mereka yang suka melihat keindahan semulajadi serta spesis unggas serta burung di hutan berhampiran pantai ini.

Pada waktu malam, semakin ramai orang yang datang berkunjung ke pantai ini, terutamanya pada hujung minggu. Suasana malamnya seolah berada di pusat bandar. Yang menariknya, McD dan KFC di sini adalah 24jam. Pantai utama nya banyak terdapat gerai cenderamata, restoran dan sebagainya.

Tempat penginapan mudah untuk didapati di Teluk Chempedak, Kuantan. Anda boleh buat carian di sini.

No comments:

Post a Comment